Saturday, 26 November 2016

puisi aku rindu

aku rindu
aku merindui orang yang dahulu sentiasa bersamaku
tak kira senang susah aku
mereka lah yang melindungi dan setia bersamaku
mereka lah ahli keluargaku
sungguh aku rindu.

aku rindu
rasa rinduku semakin membuak-buak
di dalam dadaku
kerana rinduku semakin hampir bertemu dengan
rindu mereka
tanpaku sedar
detik demi detik
hari berganti hari
kepulanganku untuk bertemu semakin dekat
aku sungguh tidak sabar menanti saat itu.

itulah aku
yang sedang merindukan belaian kasih
ahli keluargaku
yang jauh dari sisiku.

No comments:

Post a Comment